Monday, November 19, 2012, ϟ

Apa yang kita nak tu yang paling susah kita nak dapat. Apa yang kita tak nak, sekelip mata datang depan. Nak buat macam mana, DIA tahu yang terbaik untuk kita. Kita je tak reti nak terima dengan hati yang terbuka. Dah bagi hidup dekat dunia ni pun tak reti bersyukur. Belum masuk bab lain lagi. Cakap kat diri sendiri.

Sham tetibe text. Mintak number ic. K aku dah tahu SAPS dah masuk. Result teruk gila. Ok tak pernah sampai macam ni sekali result aku. Sumpah meleleh airmata masa tengok result. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Tak dinafikan masa exam tu aku memang down, aku tak salahkan sesiapa. Salah diri sendiri. Bodoh sangat kenapa ni?

Kalau lah boleh undur masa balik. Aku nak tu jadi macam ni, ni jadi macam tu. Sini pusing sana, sana main pusing-pusing. Boleh? Tolong. Tolong lah. Nahhh, aku merepek pukul 01.02am ni. Sebab aku rindu. Aku tak tahu apa yang aku rindu. Aku tak tahan, aku tak tahu apa yang aku tak tahan ni. Meleleh airmata. Kenapa ni haa? 

Aku dah buang semua, aku cuba. Kadang-kadang aku sakit, aku abaikan. Aku nak pergi jauh. Boleh? Mampu tak aku? Ada yang cuba mendekati, aku jauhkan diri. Maaf, ini tak boleh dipaksa serta dirancang kerana ianya akan menjadi tak ikhlas. Kadang-kadang aku teringat, tapi aku senyum je. Kadang-kadang aku terluka, aku cuba ketawa gila-gila.

Kita nak tengok orang yang kita sayang bahagia, sedangkan kita terluka. Boleh macam tu eh? Apa yang kita rasa sekarang ni mungkin kita pernah buat dekat orang dulu. Tak kira keadaan macam mana situasi macam mana pun. Boleh jadi dari perbuatan, percakapan, emosi. Sekarang dunia balas dunia *bak kata nenek sham*

Aku banyak buat silap mungkin. Eh. Entah. Tak tahu. Nama pun mungkin. Tak perasan. Apa entah. Yang dah lepas, biarlah. Jangan ulang kesilapan sama. Jangan sebab kesilapan kita kesalahan kita kelalaian kita mengganggu hidup orang lain. Kehidupan sekeliling. Sakitkan diri sendiri takpe, orang lain jangan. Harap jangan.Sakit baq hang.

Yang dah pergi, biarkan pergi. Semoga selamat sampai destinasi. Yang kena tinggal ni, kena mulakan hidup baru. Kena relakan kepergian. Kalau dah sampai destinasi, sila bagitahu. Nak tumpang gembira. Eh jangan, banjir Johor Bahru nanti.

Aku sedang belajar terima hakikat, yang dia bukan milik aku lagi. Kadang-kadang aku rasa nak usaha dapatkan dia balik sebab aku sayang sangat kat dia, tapi harapan. Dia bukan ada perasaan dekat aku. So aku biarkan dia pergi. Dia nikmati hidup dia. Aku tak kacau. Sikit pun tak usik. Semoga kau bahagia walaupun aku sakit.

Sekarang ni masa aku sendiri. Aku dah warning, jangan dekat aku. Aku takut aku yang akan mempermainkan perasaan orang pula sebab aku dah banyak kali dipermainkan. Aku baik sangat ke? Takde langsung yang hargai aku. Ada yang kata 'bagi peluang dekat lelaki lain' aku? Tak berani nak janji, dan bukan berjanji nak mainkan perasaan orang. Perasaan boleh berubah, tak kira masa tempat. Alhamdullilah aku masih cukup sifat. Alhamdullilah.

new past